Friday, August 20, 2010

Hak-hak Istimewa Orang Melayu.

Akibat kita mudah diperalatkan...

Kadang-kadang saya terfikir apalah sangat hak-hak istimewa orang Melayu yang ingin direbut oleh bukan Melayu supaya selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Ya, dalam perlembagaan, seolah-olah ada hak istimewa itu (perkara 153), tetapi dalam bentuk yang praktikal sebenarnya masih menjadi tanda tanya. Justeru, saya amat musykil kenapa bukan Melayu begitu mendesak supaya bukan Melayu mendapat hak sama seperti orang Melayu. Bila sebut sahaja asimilasi, mereka tolak seratus peratus. Bila sebut pasal hak istimewa, gagasan 1Malaysia diperalatkan untuk memenuhi nafsu serakah tersebut.

Saya masih tercari-cari di manakah hak istimewa itu? Apa yang saya lihat semua sektor sudah mula dibuka untuk diisi, berbanding dahulu. Kedudukan bahasa Melayu? Kedudukan agama Islam? biasiswa? kuota? Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan? IPTA dan IPTS? Diskaun membeli rumah dan apa lagi? Boleh dikatakan semuanya tidak lagi dapat dilihat dengan jelas dari segi diskriminasinya. Yang jelas, hak Melayu semakin terhakis. Apa yang saya tahu boleh dikatakan semuanya sudah dapat seorang sebiji. Sama rata sama rasa. Di manakah kelebihan yang ada pada Melayu yang sangat-sangat diharapkan. Tidak perlu saya buktikan satu persatu. Lihatlah sekeliling, apa yang telah berlaku di depan mata.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, seolah-olah sudah setaraf dengan bahasa lain dari segi penggunaannya sama ada perbualan mahupun bahasa bacaan. Lihat kain rentang dan risalah-risalah adakah bahasa Melayu didaulatkan? Kedudukan agama Islam berbanding agama lain, hari ini agama Islam secara berani telah dicabar di mahkamah dan mereka yang ultra kiasu telah banyak kali menang. Mereka begitu berani campurtangan dalam hal ehwal agama kita, sedangkan kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka.

Kedudukan SJKC dan SK, tidak menampakkan perbezaan. Mereka dengan bahasa ibunda, SK dengan bahasa kebangsaan. Begitu juga dengan sekolah persendirian. Saya difahamkan kerajaan akan mengiktiraf sijil sekolah persendirian mereka (UEC). Jadi, saya sudah tidak nampak wujudnya diskriminasi yang jelas negatif, tetapi lebih kepada diskriminasi yang positif. Tetapi masih ada yang mengambil kesempatan. Kepada mereka yang minta saya pamerkan data-data dan statistik, Insya-Allah dari masa ke semasa maklumat tersebut akan saya sampaikan nanti disebabkan oleh ruang yang terhad.

Kadang kala tanpa data-data tersebut, kita sudah boleh lihat dengan jelas apa yang berlaku depan mata. Misalnya, biasiswa dan kuota, boleh dikatakan semua pelajar cemerlang telah ditaja oleh JPA. Ribuan hektar tanah telah diberikan kerajaan untuk pembangunan universiti berasaskan parti politik perkauman bagi memuaskan hati semua pihak.

Jika ada kekurangan serba sedikit, itu adalah wajar. Mana ada sistem sebegini di dunia ini. Bacalah sama buku Huntington, bertajuk Who Are We, mengenai kedudukan minoriti di sana, kalau pun tidak mahu melihat pengalaman di negara-negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Lihat pula kuota dan diskaun tujuh peratus untuk membeli rumah. Sebenarnya tidak menguntungkan Melayu. Melayu sudah tidak mampu beli rumah kos sederhana dan mewah, akhirnya siapa yang untung setelah rumah tersebut dijual. Melayu diperalatkan untuk mendapatkan rumah tersebut melalui perjanjian dalam perjanjian jual beli.

Baru-baru ini saya pergi ke Batu Pahat, saya lihat kubur atau taman peringatan, didirikan di kawasan majoriti Melayu. Kenapa kubur tersebut tidak dibuat di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal mereka? Bukankah mudah untuk berurusan? Tetapi orang Melayu, tidak banyak cakap. Cuba kita lihat apabila kubur Islam hendak didirikan berhampiran kawasan mereka, kita lihat berguni-guni memorandum bantahan akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkaitan. Apakah erti semuanya ini? Kenapa tidak belajar menjaga perasaan sesama kita? Hari ini mereka bukan hanya besar kepala, tetapi sudah semuanya membesar? Orang lain menjadi semakin mengecil. Kita tidak fikir akibat yang akan timbul disebabkan oleh sikap memendam rasa ini. Apakah kita tidak belajar psiki orang Melayu? Mereka mudah memendam rasa. Sesuatu yang terluka di hati akan dipendamkan terlebih dahulu. Sabar dan sabar. Saya yakin, sampai satu masa nanti, kesabaran itu akan hilang.

Thursday, July 22, 2010

PASir oh PASir.... - Ambik pasir boleh hilang Air rupenya..!!

shahrulpeshawar | July 15, 2010 at 5:21 pm. URL: http://wp.me/p3poA-Hk

"Walaupun Kerajaan Negeri akur pengurusan KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010)."
Petikan perenggan akhir Kenyataan Akhbar YAB MB Selangor 14 Julai 2010

Hari-hari kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan. Macam-macam pendedahan. Sudahlah dijalanan banyak pendedahan yang menghakis pahala kini diakhbar juga ada banyak pendedahan, cuma yang dihakis oleh akhbar ialah kewarasan dan kebenaran sesuatu "pendedahan" tersebut.

DS Najib telah memulakan marathonnya untuk menyiapkan BN menghadapi pilihanraya akan datang, seperti kebiasaan acara sukan, peserta bukan boleh terus lari pecut... kena lari perlahan-lahan... dan dalam mood perlahan-lahan nie, kita boleh lihat bagaimana Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Kedah digasak...

Minggu nie, paling best tengok bagaimana strategis umno dan bn, termasuk strategis yang digajikan oleh JPM merencana taktik untuk mengocakkan pentadbiran negeri-negeri pakatan rakyat terutamanya Selangor. Aku rasa terharu sangat bila Khir Toyo bercakap soal alam sekitar, soal kelestarian alam, bagaimana air bersih boleh berkurangan, bagaimana kalau tanah dikorek bakal merosakan ekologi dan begitu dan begini. Kalaulah dia cakap macam tu masa kes Bukit Cherakah dulu... tentu dia dijulang rakyat.

Khir Toyo juga mahu Kumpulan Semesta ditutup dan kerja-kerja pasir diserahkan kepada PTG untuk diuruskan. Begitu tawadhuk dan "concern" aje bunyi statementnya tu... hahahahahahahah.... ini lah jadinya bila banyak buat facial treatment, kita je cantik orang lain semua buruk.

Sudah-sudahlah membohong. Zaman BN dulu apa yang tidak dikerabat untuk kroni dan penjilat? Bukit lagi ditarah, inikan pulak pasir lombong dan sungai. Apa kerajaan dapat? Apa rakyat biasa dapat? Tak ada apa. Hari nie bila Kerajaan Baru dibawah Pakatan Rakyat perintah, rakyat dapat semua manfaat. Dari yang baru lahir sampailah yang telah meninggal, semua ada bahagian yang disediakan, ringan sama dijinjing - berat sama dipikul. Inilah namanya rakyat diutamakan...

Yang marah sangat pasal isu pasir di Selangor kenapa? Adakah mereka yang marah tu pencuri-pencuri pasir haram yang dilepaskan oleh penguasa tempatan sebelum 8 Mac 2008 dan kini telah kehilangan punca pendapatan lumayan, atau bekas pemegang tampuk eksekutif yang berkongsi keserakahan dan kini telah kehilangan "sumber pendapatan tidak rasmi bulanan" yang hampir tiada had... ataupun rakyat-rakyat kecil yang terpaksa melalui jalan-jalan lopak dan lecak yang dtinggalkan oleh lori-lori mengangkut pasir - yang halal dan yang haram.




Tuesday, July 13, 2010

Khir: Lombong Haram didalangi gengster?

UM SELASA 13 JULAI 2010
Shah Alam 12 Julai -
Bekas Menteri Besar Selanggor, Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo mendakwa kegiatan mencuri pasir yang berleluasa belaku di negeri ini didalangi gengster dipercayai dilindungi oleh pehak tertentu.Kata nya, berikutan itu hingga ini tiada lagi tindakan susulan diambil oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, katanya, Menteri Besar, Tan Seri Khalid Ibrahim pula sering memberi alasan tidak tahu mengenai kegiatan tersebut.
Perkembagan tersebut, tegasnya memang membimbangkan kerana kerajaan negeri teryata 'pejam mata' terhadap perkara yang berlaku dan rakyat menanggung kerugian berikutan hasilnya hilang ke pehak lain.

"Sebelum ini ada pehak tertentu dipercayai terlibat dalam syarikat curi pasir haram itu, mungkin ada kebenarannya" kata beliau ketika dihubunggi hari ini.
Beliau menegaskan, kegiatan mencuri pasir itu hanya dapat dihentikan jika kerajaan negeri mengeluarkan arahan kegiatan melombong pasir tidak dibenarkan di Selangor.


"Rakyat sebenarnya tidak tahu lombong di Dengkil itu dikorek sehingga sdalam kira-kira 40 meter kerana pasir di paras itu lebih berkualiti tinggi untuk di-eksport dibuat silika atau kaca.

"Sebab itu kegiatan melombong haram itu menghasilkan keuntungan berpuluh-puluh juta ringgit dan rakyat menanggung sengsara ia meninggalkan satu lubang yang besar apabila operasi berakhir." katanya.

Mohammad Khir berkata, Pejabat Tanah dan galian (PTG) juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana kerana pemimpin-pemimpin negeri sendiri tidak mengendahkan atau mahu membasmi kegiatan secara serius.
Beliau berkata, inilah yang berlaku apabila kerajaan negeri menipulasikan hak bahawa tanah adalah milik mutlak kerajaan negeri dalam menentukan pembanggunan yang mahu dijalankan dikawasan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Khir turut mengesyaki kegiatan melombong pasir di Dengkil itu tidak mendapat kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum kerja-kerja mengorek pasir dilakukan.

=============================

- pasak -

Membela kebajikan rakyat ke.. atau nak membela untuk kepentigan sendiri? sengaja dihebohkan supaya rakyat campur tangan atau mendapat sokongan rakyat saja,.. andai dihentikan, ada peluang le Khir Toyo sambung semula jika bekuasa semula,..
Maka akan dapat pelung duit masuk poket sendiri pulak kan..?

Kenape.. sakit hati kalau orang lain dapat berpuluh-puluh juta tu..? dan Datuk mengangap semua rakyat tidak tahu ( rakyat bodoh ), untuk pengatahuan datuk... sebodoh-bodoh rakyat pun .. kalu setakat bende buruk yang pernah datuk lakukan, semua orang kampung tahu, tentu sekali dia orang ingat... dia orang pun tahu baca surat khabar juga! paling tidak pun tenggok berita kat TV,.. apalagi orang kat bandar sana tu,..
Dia orang pun ada belajar atau melihat dan membaca dari pelbagai info berkenaan perlombongan pasir dan segala ilmu! mudah nya datuk melebelkan rakyat tidak tahu, rakyat mana?
ooo.. konon nya datuk Khir ni pembela rakyat lah ye..?

...cakap macam poyo je! datuk ni,..