Thursday, July 22, 2010

PASir oh PASir.... - Ambik pasir boleh hilang Air rupenya..!!

shahrulpeshawar | July 15, 2010 at 5:21 pm. URL: http://wp.me/p3poA-Hk

"Walaupun Kerajaan Negeri akur pengurusan KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010)."
Petikan perenggan akhir Kenyataan Akhbar YAB MB Selangor 14 Julai 2010

Hari-hari kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan. Macam-macam pendedahan. Sudahlah dijalanan banyak pendedahan yang menghakis pahala kini diakhbar juga ada banyak pendedahan, cuma yang dihakis oleh akhbar ialah kewarasan dan kebenaran sesuatu "pendedahan" tersebut.

DS Najib telah memulakan marathonnya untuk menyiapkan BN menghadapi pilihanraya akan datang, seperti kebiasaan acara sukan, peserta bukan boleh terus lari pecut... kena lari perlahan-lahan... dan dalam mood perlahan-lahan nie, kita boleh lihat bagaimana Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Kedah digasak...

Minggu nie, paling best tengok bagaimana strategis umno dan bn, termasuk strategis yang digajikan oleh JPM merencana taktik untuk mengocakkan pentadbiran negeri-negeri pakatan rakyat terutamanya Selangor. Aku rasa terharu sangat bila Khir Toyo bercakap soal alam sekitar, soal kelestarian alam, bagaimana air bersih boleh berkurangan, bagaimana kalau tanah dikorek bakal merosakan ekologi dan begitu dan begini. Kalaulah dia cakap macam tu masa kes Bukit Cherakah dulu... tentu dia dijulang rakyat.

Khir Toyo juga mahu Kumpulan Semesta ditutup dan kerja-kerja pasir diserahkan kepada PTG untuk diuruskan. Begitu tawadhuk dan "concern" aje bunyi statementnya tu... hahahahahahahah.... ini lah jadinya bila banyak buat facial treatment, kita je cantik orang lain semua buruk.

Sudah-sudahlah membohong. Zaman BN dulu apa yang tidak dikerabat untuk kroni dan penjilat? Bukit lagi ditarah, inikan pulak pasir lombong dan sungai. Apa kerajaan dapat? Apa rakyat biasa dapat? Tak ada apa. Hari nie bila Kerajaan Baru dibawah Pakatan Rakyat perintah, rakyat dapat semua manfaat. Dari yang baru lahir sampailah yang telah meninggal, semua ada bahagian yang disediakan, ringan sama dijinjing - berat sama dipikul. Inilah namanya rakyat diutamakan...

Yang marah sangat pasal isu pasir di Selangor kenapa? Adakah mereka yang marah tu pencuri-pencuri pasir haram yang dilepaskan oleh penguasa tempatan sebelum 8 Mac 2008 dan kini telah kehilangan punca pendapatan lumayan, atau bekas pemegang tampuk eksekutif yang berkongsi keserakahan dan kini telah kehilangan "sumber pendapatan tidak rasmi bulanan" yang hampir tiada had... ataupun rakyat-rakyat kecil yang terpaksa melalui jalan-jalan lopak dan lecak yang dtinggalkan oleh lori-lori mengangkut pasir - yang halal dan yang haram.




Tuesday, July 13, 2010

Khir: Lombong Haram didalangi gengster?

UM SELASA 13 JULAI 2010
Shah Alam 12 Julai -
Bekas Menteri Besar Selanggor, Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo mendakwa kegiatan mencuri pasir yang berleluasa belaku di negeri ini didalangi gengster dipercayai dilindungi oleh pehak tertentu.Kata nya, berikutan itu hingga ini tiada lagi tindakan susulan diambil oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, katanya, Menteri Besar, Tan Seri Khalid Ibrahim pula sering memberi alasan tidak tahu mengenai kegiatan tersebut.
Perkembagan tersebut, tegasnya memang membimbangkan kerana kerajaan negeri teryata 'pejam mata' terhadap perkara yang berlaku dan rakyat menanggung kerugian berikutan hasilnya hilang ke pehak lain.

"Sebelum ini ada pehak tertentu dipercayai terlibat dalam syarikat curi pasir haram itu, mungkin ada kebenarannya" kata beliau ketika dihubunggi hari ini.
Beliau menegaskan, kegiatan mencuri pasir itu hanya dapat dihentikan jika kerajaan negeri mengeluarkan arahan kegiatan melombong pasir tidak dibenarkan di Selangor.


"Rakyat sebenarnya tidak tahu lombong di Dengkil itu dikorek sehingga sdalam kira-kira 40 meter kerana pasir di paras itu lebih berkualiti tinggi untuk di-eksport dibuat silika atau kaca.

"Sebab itu kegiatan melombong haram itu menghasilkan keuntungan berpuluh-puluh juta ringgit dan rakyat menanggung sengsara ia meninggalkan satu lubang yang besar apabila operasi berakhir." katanya.

Mohammad Khir berkata, Pejabat Tanah dan galian (PTG) juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana kerana pemimpin-pemimpin negeri sendiri tidak mengendahkan atau mahu membasmi kegiatan secara serius.
Beliau berkata, inilah yang berlaku apabila kerajaan negeri menipulasikan hak bahawa tanah adalah milik mutlak kerajaan negeri dalam menentukan pembanggunan yang mahu dijalankan dikawasan tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Khir turut mengesyaki kegiatan melombong pasir di Dengkil itu tidak mendapat kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum kerja-kerja mengorek pasir dilakukan.

=============================

- pasak -

Membela kebajikan rakyat ke.. atau nak membela untuk kepentigan sendiri? sengaja dihebohkan supaya rakyat campur tangan atau mendapat sokongan rakyat saja,.. andai dihentikan, ada peluang le Khir Toyo sambung semula jika bekuasa semula,..
Maka akan dapat pelung duit masuk poket sendiri pulak kan..?

Kenape.. sakit hati kalau orang lain dapat berpuluh-puluh juta tu..? dan Datuk mengangap semua rakyat tidak tahu ( rakyat bodoh ), untuk pengatahuan datuk... sebodoh-bodoh rakyat pun .. kalu setakat bende buruk yang pernah datuk lakukan, semua orang kampung tahu, tentu sekali dia orang ingat... dia orang pun tahu baca surat khabar juga! paling tidak pun tenggok berita kat TV,.. apalagi orang kat bandar sana tu,..
Dia orang pun ada belajar atau melihat dan membaca dari pelbagai info berkenaan perlombongan pasir dan segala ilmu! mudah nya datuk melebelkan rakyat tidak tahu, rakyat mana?
ooo.. konon nya datuk Khir ni pembela rakyat lah ye..?

...cakap macam poyo je! datuk ni,..

Monday, July 12, 2010

Usah emosional isu pelaburan Singapura di Johor

12/07/2010 info - myMetro -

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak berfikiran terbuka dan menolak perasaan emosional dalam isu membabitkan pelaburan Singapura di Johor khususnya di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.
Beliau berkata, jika Singapura atau negara lain membuat pelaburan di Iskandar Malaysia, penduduk khususnya di Johor akan turut merasai keuntungannya.
“Jika kita mahu melihat Iskandar Malaysia dan Johor maju, kita mesti bersikap terbuka terhadap semua pelaburan. Apa yang beza antara pelaburan Singapura dan Amerika Syarikat, tiada bezanya, asal menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai dan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru, semalam.

Selain itu, Perdana Menteri juga meminta supaya tiada sikap tertutup dan berfikiran sempit berkenaan soal pelaburan asing ke negara ini khususnya dari Singapura kerana dunia kini berada pada abad ke-21.

Beliau memberi contoh, jika Amerika Syarikat membeli minyak sawit dari Malaysia, maka pihak yang merasai keuntungannya adalah Felda (Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan) dan penerokanya.

Menurutnya, Felda juga tidak bankrap sebagaimana didakwa parti pembangkang, sebaliknya pembangkang yang mengalami `bankrap idea.’ Katanya, Malaysia perlu bergerak ke hadapan dalam usahanya menjadi sebuah negara maju pada abad ke-21.

==================================================

- pasak -

Ini yang maleh den nak dongar ni,..  pelaburan dari Singapura keatas Iskandar Malaysia meliputi pemilikan tanah-tanah untuk dibangunkan sebagai segala macam bentuk pembangunan, termasuk kediaman serta peridusterian.! cuba beringat sikit la...
Saya ini bukan anti pembagunan atau anti kemajuan,.. jangan pulak nanti kita menang sorak saja, tapi Kampung tergadai,.. cari lah cara lain selain pelaburan cara itu,.. sebab akan datang, anak cucu cicit kita juga yang terpaksa menangung nya,.. kita,..? dah tak ada dah....
Kata anak tempatan nak dapat habuan,..? berapa kerat sangat,.. cuba turun lihat sendiri,..
sampaikan jadi 'JAGA' pun sekarang ni orang mana?
Amerika Syarikat membeli minyak sawit dari Malaysia tu,.. ada kait-mengait ka dengan bab pelaburan Singapura di Iskandar Malaysia,..
Biar le lambat Maju,.. asal selamat, kalau cepat pun kita tidak 'SELAMAT',.. tak berbaloi.!

Sunday, July 11, 2010

Selangor Bakal Jadi Negeri Berlubang: Khir Toyo

2010/07/11 SHAH ALAM:

Kerajaan negeri Selangor digesa menghentikan sebarang aktiviti mengorek pasir di tanah miliknya kerana dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar serta struktur tanah pada masa akan datang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Selangor bakal menjadi "negeri berlubang" sekiranya aktiviti melombong pasir di tanah milik kerajaan negeri tidak dihentikan segera.

"Saya dapat tahu ada tanah milik kerajaan negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar. Terdapat pasir dikorek hingga 26.6 meter dalam.

 "Ini boleh memberi implikasi buruk kepada pembangunan negeri pada masa depan, terutama untuk aktiviti perumahan baru dan kawasan pertanian. Malah, untuk menimbus kembali lombong pasir itu memerlukan kos lebih tinggi daripada aktiviti mengorek pasir," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Dr Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri terdahulu (Barisan Nasional) hanya membenarkan aktiviti perlombongan pasir di tanah persendirian selain perlu mendapatkan kelulusan daripada 12 jabatan berkaitan bagi tujuan melakukan aktiviti itu.

Sehubungan itu, beliau mahu anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam perniagaan pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditutup operasinya dan kuasa pengendalian galian dan mineral termasuk pasir di Selangor dikembalikan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Katanya, ini kerana KSSB gagal meningkatkan pendapatan negeri dalam perlombongan pasir.
Sementara itu, tinjauan ke satu kawasan lombong di Kampung Bukit Changgang, Dengkil mendapati 20 hektar daripada kawasan lombong seluas 120 hektar itu sudah dikorek sedalam kira-kira 26.6 meter, hanya dalam tempoh dua minggu.

Lombong itu terletak hanya kira-kira 16.6 meter dari kawasan rekreasi Paya Indah Wetlands.
Seorang penduduk kampung itu, Bahaman Ahmad Jiman, 39, berkata penduduk menyedari aktiviti perlombongan di situ sejak dua minggu lalu.
Katanya, bilangan lori keluar masuk dari kawasan itu mencecah lebih 20 setiap hari. - BERNAMA

======================================================

- pasak -

Kalau sudah tidak memerintah tak usahlah komen pasal orang,.. sebab masa Datuk memerintah dulu awak tidak memerintah dengan betul pun,.. banyak benda yang awak buat,.. yang salah, semua orang tahu,..
ada berita yang dapat dilihat dengan jelas kat berita TV,.. dan akhbar tempatan,..
Pasal balak haram,.. Datuk boleh marahkan pemberita sebab tanya pasal balak haram,..
Saya kagum dengan gaya penampilan Datuk Khir semasa mula menjadi Menteri Besar,.. songkok dengan baju yang sangat sepadan,.. tetapi,..belum sampai setahun,.. jadi MB,.. songkok sudah hilang entah kemana,..?

======================================================

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.
Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.
Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.

Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.
Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.

Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.”

Saturday, July 10, 2010

Perkasa Dakwa Kim Sen Menghasut

Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA itu tersiar dalam Merdeka Review

KUALA LUMPUR 7 Julai -
Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen dalam laman web Merdeka Review itu tersiar dalam Merdeka Review bukan sahaja berbaur hasutan malah minimbulkan rasa tidak selamat dikalangan ahli Persatuan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan orang Melayu yang menyokong pertubuhan itu.

Timbalan President Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, Kim Sen dalam kenyataan bertarikh 1 Julai lalu mengatakan bahawa Pemuda MCA akan menyerang balas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA.

"Kenyataan Kim Sen itudibuat ekoran tidak puas hati dengan artikel yang disiarkan dalam Suara Perkasa, lidah resmi Perkasa yang menggesa Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempersoalkan hak orang Melayu" katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, jika sekiranya ada ahli-ahli Perkasa yang tercedera atau berlaku sesuatu pekara yang tidak diingini akibat kenyataan berbaur hasutan itu, maka Kim Sen harus dipertanggungjawabkan.

"Perkasa berharap polis akan megambil tindakan tegas terhadap kenyataan Kim Sen itu kerana ia boleh menimbulkan ketegangan kaum" katanya.

Tambahnya, Kim Sen juga turut menyebut "memang celaka betul" dalam kenyataan tersebut dan ia merupakan kenyataan paling biadap dan kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) kepada orang Melayu.
"Ia tidak sepatutnya dikeluarkan oleh ahli sebuah parti politik" katanya.
Menurutnya, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran tidak sepatutnya mempertikaikan hak istimewa orang Melayu di dalam pemberian biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana ia bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

"Perkasa berpendapat Ka Siong tidak layak memegang jawatan skarang dan perlu dipecat kerana menimbulkan isu sensitif dan mengukit Perkara 153 yang diperuntukan di dalam Perlembagaan negara," Malah jelasnya, kenyataan itu juga akan membuatkan Ka Siong dibenci pengundi Melayu serta pemimpin MCA lain, serta boleh menjadi antara punca orang Melayu enggan megundi calon MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Perkasa ingin mengigatkan Ka Siong bahawa 60 peratus pengundi di Parlimen Air Hitam adalah orang Melayu dan mereka sebenarnya kecewa atas perbuatan beliau (Ka Siong) yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu," jelasnya lagi.

=====================================================
Dibawah adalah petikan dari MerdekaReview.com:
=====================================================
Pemuda MCA selar PERKASA: Ektremis celaka ini patut ditahan ISA!

Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali

Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.

"Artikel dalam Suara PERKASA yang menggesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis-habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen (gambar kiri) dalam kenyataannya.

Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!"

=====================================================

- pasak -

Kim Sen itu memang tidak sedar diri, kenapa dia ni belagak nak mampos!
Tidak reti reti bahasa langsung? Jangan suka-suka hati menimbulkan konfrontasi dengan ugutan-ugutan yang bersifat mencari pergaduhan kerana orang bumiputera bukannya jenis pengecut, kami banyak bersabar dan kalau kesabaran telah hilang maka nanti bukan setakat caci maki kau Si Kim Sen, malahan kena penendang dan penerajang.

Agak-agaklah nak cakap pun, jangan main sedap mulut saja, nanti buruk padahnya. Kim Sen Mangkuk!, sila jangan celupar sangat mulut kau tu lagi, kami tidak pernah kacau urusan MCA dan orang Cina serta menggangu rumah tangga anda, jadi janganlah pandai-pandai menuduh dan menghentam PERKASA sesuka hati kerana urusan PERKASA adalah berkaitan kepentingan bumiputera, hal kamu dan MCA kami tak masuk campur, ikut sukalah, malahan kami juga tak ingin langsung nak rampas atau menindas hak bukan bumiputera kerana kami bangsa bermaruah dan bermartabat.

Malahan apa yang jelas kedapatan sekarang, bukannya kamu tidak tahu..! kami ni orang Bumuputra selalu ditindas! Tidak cukup dengan harta benda,.. jawatan pangkat,.. kamu nak tindas,.. dengan mulut celupar kau pun nak tindas juga..? senang cakap, apa yang kau cakap pada PERKASA tu sememangnya layak untuk kau sebenarnya, tahu tak? memang kau ni Kim Sen manusia yang tidak sedar diuntung! hanya sekadar nak politik saja sanggup nak menjarakan dengan sengaja nak menjarakkan lagi jurang antara kaum di Malaysai ini,.. gara-gara mulut kamu yang celupar itu berapa ramai kedua rakan sekerja berlainan bangsa sudah mula merengang kau tahu tak? kau ni Kim Sen memang layak untuk ISA,.. sebab kau pembawa kuman,.. kelak akan menjadi kudis,.. dan akan menjadi pekong yang sangat busuk,..

Kalau kamu nak geng dengan Wee Ka Siong dan Khairy itu, pergi ajak mereka main masak-masak dan jangan kacau PERKASA, nanti tiga-tiga ekor kena pelempang terus biru muka. Ingatlah sama, kalau hendak orang hormat anda,.. tapi anda sendiri perangai macam jahanam, hantu pun tidak akan hormat anda.

Saya sebenarnya boleh tulis maki hamun kat kau Kim Sen dan suku sakat kau!.. tapi saya orang Melayu.. walaupun kau bangsa apa sekalipun kami terima,.. kamu hendak pergi mana lagi,..? Tapi tolonglah.. jangan le.. tidak sadar diri sangat,.. kau nak ambik si Khairy buat menantu pun ambik lah..
Khairy itu elok sangat jadi menantu kau,.