Monday, July 12, 2010

Usah emosional isu pelaburan Singapura di Johor

12/07/2010 info - myMetro -

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak berfikiran terbuka dan menolak perasaan emosional dalam isu membabitkan pelaburan Singapura di Johor khususnya di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.
Beliau berkata, jika Singapura atau negara lain membuat pelaburan di Iskandar Malaysia, penduduk khususnya di Johor akan turut merasai keuntungannya.
“Jika kita mahu melihat Iskandar Malaysia dan Johor maju, kita mesti bersikap terbuka terhadap semua pelaburan. Apa yang beza antara pelaburan Singapura dan Amerika Syarikat, tiada bezanya, asal menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai dan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru, semalam.

Selain itu, Perdana Menteri juga meminta supaya tiada sikap tertutup dan berfikiran sempit berkenaan soal pelaburan asing ke negara ini khususnya dari Singapura kerana dunia kini berada pada abad ke-21.

Beliau memberi contoh, jika Amerika Syarikat membeli minyak sawit dari Malaysia, maka pihak yang merasai keuntungannya adalah Felda (Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan) dan penerokanya.

Menurutnya, Felda juga tidak bankrap sebagaimana didakwa parti pembangkang, sebaliknya pembangkang yang mengalami `bankrap idea.’ Katanya, Malaysia perlu bergerak ke hadapan dalam usahanya menjadi sebuah negara maju pada abad ke-21.

==================================================

- pasak -

Ini yang maleh den nak dongar ni,..  pelaburan dari Singapura keatas Iskandar Malaysia meliputi pemilikan tanah-tanah untuk dibangunkan sebagai segala macam bentuk pembangunan, termasuk kediaman serta peridusterian.! cuba beringat sikit la...
Saya ini bukan anti pembagunan atau anti kemajuan,.. jangan pulak nanti kita menang sorak saja, tapi Kampung tergadai,.. cari lah cara lain selain pelaburan cara itu,.. sebab akan datang, anak cucu cicit kita juga yang terpaksa menangung nya,.. kita,..? dah tak ada dah....
Kata anak tempatan nak dapat habuan,..? berapa kerat sangat,.. cuba turun lihat sendiri,..
sampaikan jadi 'JAGA' pun sekarang ni orang mana?
Amerika Syarikat membeli minyak sawit dari Malaysia tu,.. ada kait-mengait ka dengan bab pelaburan Singapura di Iskandar Malaysia,..
Biar le lambat Maju,.. asal selamat, kalau cepat pun kita tidak 'SELAMAT',.. tak berbaloi.!

2 comments:

Azli Razali said...

jom folow

♥xaturen♥ said...

Terima kasih tuan. Selamat Aidilfitri Semoga Berbahagia Selalu.